Zuckerberg Ubahsuai Porsche Jadi MPV

7 Oct 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial apabila Porsche Cayenne Turbo GT diubahsuai menjadi sebuah minivan.

Kerja-kerja kostum itu dikendalikan oleh West Coast Customs dan dibuat khas untuk isteri Zuckerberg, Pricilla Chan.

Untuk kerja-kerja kostum itu, difahamkan Zuckerberg yang memilih kotak gear manual serta warna untuk kereta mewahnya itu.

image is not available

Apapun, transformasi SUV berprestasi mewah ini dianggap cukup luar biasa sehingga mendapat perhatian.

Selain pemilihan penalanya, nampaknya pengubahsuaian itu mendapat kebenaran daripada Porsche sendiri.

Seperti mana diketahui, kereta-kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini dan Porsche tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran pihak syarikat terbabit.

image is not available

Jika ada yang mengingkar mengenai peraturan itu, lazimnya, individu berkenaan akan disenarai hitam daripada membeli jenama mereka.

Berbalik kepada Cayenne Turbo itu, jentera itu dikatakan disumbat dengan enjin 4 liter V8 turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa 650 hp dan tork maksima 849 Nm.

Jadi, hamburan kuasa ini dilihat sudah memadai buat Cayenne tersebut walaupun ia dipanjangkan.