Zuhairie raih emas sulung Malaysia di Sukan Para Asia 2026

19 Oct 2026 • 5:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Zuhairie raih emas sulung Malaysia di Sukan Para Asia 2026

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Pelumba berbasikal trek para negara Zuhairie Ahmad Tarmizi menghadiahkan pingat emas sulung buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli acara ujian masa 1000 meter (m) C4-C5 (kecacatan fizikal) lelaki hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Izu, Zuhairie yang bertanding dalam kategori C5 mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mencatatkan masa terpantas 1 minit 05.361 saat (s), sekali gus mengesahkan kedudukan di podium tertinggi.

Pingat emas itu juga adalah pingat pertama Malaysia pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Pingat perak menjadi milik pelumba Thailand Jaturong Niwanti yang mencatat masa 1:07.206s manakala wakil Indonesia Sufyan Saori membawa pulang gangsa (1:08.166s).

Kejayaan Zuhairie itu bertambah manis apabila beliau turut meleburkan rekod temasya pada saingan peringkat kelayakan.

Pada pusingan berkenaan, beliau melakar masa sensasi 1:04.882s untuk memadam rekod lama 1:07.311s yang dipegang pelumba China Lai Shanzhang yang dilakukan pada 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved