Zuraidi Rahim galas amanah KFA

LocalFootball
2 Nov 2026 • 2:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Zuraidi Rahim galas amanah KFA

PETALING JAYA – Datuk Zuraidi Rahim dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas memenangi pemilihan bagi jawatan itu, sekali gus menyertai barisan kepimpinan baharu persatuan berkenaan.

Beliau menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu amanah besar dan bertekad untuk bekerjasama dengan kepimpinan KFA dalam memperkukuh pembangunan bola sepak Kedah, khususnya melibatkan aspek akar umbi serta pengurusan persatuan.

“Saya melihat kemenangan ini sebagai satu tanggungjawab besar. Bola sepak Kedah mempunyai sejarah, tradisi dan penyokong yang cukup luar biasa. Sudah tiba masanya kita berganding bahu untuk membina semula kekuatan Hijau Kuning,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraidi turut merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang kekal menerajui KFA sebagai Presiden serta bekas legenda bola sepak negara, Radhi Mat Din yang memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua Naib Presiden dan barisan kepimpinan lain yang terpilih, selain berharap gabungan pengalaman serta idea baharu mampu membantu memperkukuh hala tuju bola sepak negeri itu.

Zuraidi berkata, usaha mengembalikan kekuatan bola sepak Kedah memerlukan kesatuan semua pihak termasuk kepimpinan persatuan, pemain, pegawai, pemegang taruh dan penyokong.

“Kita mungkin hadir dengan latar belakang dan pengalaman berbeza, tetapi matlamat kita tetap satu, iaitu melihat bola sepak Kedah kembali dihormati dan menjadi kebanggaan rakyat negeri ini. Kepentingan bola sepak Kedah mesti sentiasa diutamakan,” katanya.

Beliau turut berharap pembangunan bakat muda diberikan perhatian serius bagi memastikan Kedah terus melahirkan pemain berkualiti yang mampu menjadi pelapis kepada pasukan negeri dan negara. KOSMO! ONLINE

The post Zuraidi Rahim galas amanah KFA appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved