
Menjelang pemilihan Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA), bola sepak Kedah memerlukan kepimpinan yang mempunyai pengalaman, jaringan kerjasama dan hala tuju yang jelas.
Nama Dato’ Zuraidi Rahim boleh diketengahkan melalui beberapa inisiatif yang telah digerakkan, antaranya Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 yang menghimpunkan legenda Kedah dan Singapura, sekali gus menghidupkan kembali sejarah serta nostalgia bola sepak.
Selain itu, penganjuran Liga Kedah Piala DZR turut memperlihatkan usaha membuka ruang persaingan kepada kelab dan pemain tempatan untuk menyerlahkan bakat.
Dua inisiatif ini membawa mesej tersendiri. Satu mengangkat warisan, satu lagi memberi perhatian kepada pembangunan bola sepak.
Sudah tentu, cabaran KFA lebih besar. Pembangunan akar umbi, pengurusan profesional, kestabilan kewangan dan kebajikan pemain perlu menjadi keutamaan.
Apa yang diperlukan Kedah ialah kepimpinan yang mampu menyatukan semua pihak serta menterjemahkan pengalaman kepada tindakan.
Kerana bola sepak Kedah bukan sekadar tentang kemenangan. Ia tentang maruah, sejarah dan kebanggaan rakyat Jelapang Padi.
Demi kebangkitan Hijau Kuning.





