1,000 unit PPR Apas tunggu kelulusan

17 Aug 2025 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Usul pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 1,000 unit rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Apas kini berada dalam fasa menanti proses kelulusannya selepas dipohon pada 2023.

Projek berkenaan juga dijangka dapat dimasukkan ke dalam agenda Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kelulusan usul projek berkenaan sangat penting lebih-lebih lagi dijangka sehingga 5,000 penduduk di Dun Apas bakal menerima manfaatnya sekiranya PPR baharu itu berjaya direalisasikan kelak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sudah turun padang dan melihat lokasi tapak yang kita kenalpasti di kawasan Dun Apas pada tahun lepas.

“Sekiranya tiada halangan projek baharu ini akan menjadi PPR ketiga dibina di Apas yang kini mempunyai dua PPR yang sudah lama diduduki iaitu PPR Sri Titingan dan PPR Sri Apas,” katanya selepas menyampaikan bantuan kemanusiaan mangsa kebakaran di Batu 4 Jalan Apas pada Jumaat.

Mengulas lanjut Nizam yang mengajukan sendiri usul projek terbabit berkata Apas dikenali antara kawasan titik panas di Sabah yang sering menyaksikan kes-kes kebakaran membabitkan kemusnahan besar kediaman penduduk.

Beliau berharap semoga projek berkenaan tersenarai sebagai salah satu agenda di dalam RMK13 untuk diberikan kelulusan peruntukan supaya dapat dibina sekali gus mampu menangani isu penempatan setinggan di sekitar pesisir pantai Apas.

Beliau percaya pelaksanaan projek itu juga penting dalam usaha mewujudkan suasana kawasan penempatan penduduk yang lebih tersusun dan selamat berbanding di kawasan setinggan yang terdedah dengan pelbagai risiko bahaya dan ketidakselesaan.

Nizam juga yakin pucuk pimpinan Kerajaan Negeri memahami situasi perumahan rakyat di Apas dan meletakkan harapan lebih banyak kemudahan tempat tinggal dibina di kawasan berkenaan atau di sekitar perbandaran Tawau.

“Ini penting bagi penghuni rumah setinggan yang terdedah kepada risiko kebakaran besar disebabkan keadaan kediaman yang dibina dengan begitu rapat antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu menyentuh tentang sumbangan diberikan Nizam berkata bantuan itu diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) serta Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah.

Ia jangka memberi manfaat kepada mangsa kebakaran melibatkan dua kes kebakaran di Batu 4 Jalan Apas melibatkan 10 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Jambatan Cempaka Kampung Hidayat dan 30 KIR dari Kampung Kurnia Jaya.