1,048 mangsa kebakaran Kampung Bahagia ditempatkan di enam PPS

21 Apr 2026 • 3:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beberapa penduduk mencari sisa-sisa barangan yang masih boleh digunakan selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran besar di Kampung Bahagia awal pagi Ahad. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Seramai 1,048 mangsa daripada 224 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan mangsa ditempatkan di PPS Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga dan Sekolah Kebangsaan Karamunting.

"Semua PPS itu dibuka pada Ahad lepas. Dua lagi PPS iaitu Dewan Serbaguna Warga Tua dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hwa yang dibuka semalam masih dalam proses pengemaskinian data,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan berkenaan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pada Ahad lepas, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan mengakibatkan kira-kira 1,000 rumah musnah, melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved