Kebakaran Di Sandakan: Anggota Bomba Luah Kecewa, Dicemuh Ketika Jalankan Tugas

21 Apr 2026 • 5:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan tampil menjelaskan situasi sebenar yang dihadapi pasukan itu ketika operasi memadam kebakaran besar di Kampung Bahagia, baru-baru ini.

Tak harapkan pujian atau penghargaan

Menerusi perkongsian daripada Jeff RKS, dia menyatakan mereka berdepan pelbagai cemuhan daripada segelintir individu di lokasi kejadian walaupun sedang bertungkus-lumus mengawal api dalam keadaan mencabar.

“Kami tidak perlukan pujian atau penghargaan. Cukuplah kami kerahkan segala kudrat untuk membantu mengawal dan memadam kebakaran serta memastikan api tidak merebak, namun keadaan dan situasi ketika itu sangat mencabar,” katanya.

image is not available

Kekangan sumber air sukarkan usaha padamkan air

Dia turut menjelaskan, anggota bomba telah berada di lokasi sejak awal kejadian dan berusaha memadam kebakaran tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Namun, kekangan seperti sumber air yang terhad serta penggunaan maksimum hos dan pam menyukarkan usaha memadam api sepenuhnya.

Tambahnya lagi, usaha turut dilakukan untuk mendapatkan bekalan air dari kawasan IOI, namun keadaan di lapangan tidak mengizinkan untuk menyalurkan air ke semua lokasi terjejas sekali gus menjadikan operasi lebih sukar.

image is not available

Walau bagaimanapun, mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang-orang kampung yang tidak putus membantu ketika kejadian tersebut.

Jelasnya, mereka sudah melakukan sebaik mungkin, namun Allah S.W.T penentu segalanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memperlihatkan beberapa pihak telah mencemuh dan menghina anggota bomba yang sedang bertugas di lokasi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

Kebakaran yang berlaku awal pagi kelmarin mengakibatkan kira-kira 1,000 buah rumah di perkampungan atas air tersebut musnah dan difahamkan ia merupakan kejadian ketiga pernah berlaku di kampung berkenaan.

Sumber: Facebook Jeff RKS

The post Kebakaran Di Sandakan: Anggota Bomba Luah Kecewa, Dicemuh Ketika Jalankan Tugas appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved