1.16 juta peminjam, RM10.7 bilion tunggakan PTPTN setakat Ogos – KPT

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 10:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tunggakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berjumlah RM10.7 bilion melibatkan 1.16 juta peminjam sehingga 31 Ogos lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, PTPTN sedang memperkemas pengurusan pinjaman dan mekanisme kutipan bayaran balik bagi memastikan model pembiayaan pendidikan itu terus mampan dalam jangka panjang.

KPT berkata, penambahbaikan turut melibatkan terma dan syarat pinjaman supaya pembiayaan dapat diberikan secara lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan, selaras dengan kemampuan kewangan PTPTN.

“PTPTN juga akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan kutipan bayaran balik pinjaman melalui langkah penguatkuasaan serta kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan syarikat korporat,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen hari ini.
Image from: 1.16 juta peminjam, RM10.7 bilion tunggakan PTPTN setakat Ogos – KPT

Foto arkib: Kosmo! Online

Jawapan itu diberikan kepada Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang meminta penjelasan mengenai jumlah terkini hutang peminjam PTPTN serta langkah yang diambil bagi meningkatkan bayaran balik pinjaman.

Dalam pada itu, KPT berkata kebajikan peminjam yang benar-benar berdepan kesukaran untuk melunaskan pinjaman tetap diberi perhatian.

“Peminjam dalam kategori terbabit digalakkan supaya tampil berunding untuk menstruktur semula jadual bayaran balik mengikut kemampuan kewangan masing-masing atau memohon penangguhan bayaran tertakluk kepada fleksibiliti yang dibenarkan oleh PTPTN,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Amalia Azmi dan Hakim Mahari)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved