Tunggakan bayaran balik PTPTN RM10.7 bilion setakat Ogos, libat 1.16 juta peminjam

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 10:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tunggakan bayaran balik PTPTN RM10.7 bilion setakat Ogos, libat 1.16 juta peminjam

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah RM10.7 bilion melibatkan 1.16 juta peminjam setakat 31 Ogos, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, KPT memaklumkan pelbagai inisiatif telah dan akan diambil, antaranya memperkukuh pengurusan pinjaman dengan menambah baik terma dan syarat pinjaman agar lebih bersasar kepada mereka yang memerlukan berdasarkan kemampuan PTPTN.

“Inisiatif lain ialah meningkatkan keberkesanan dan kecekapan kutipan bayaran balik pinjaman melalui pelaksanaan penguatkuasaan serta kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan korporat,” menurut kementerian itu.

KPT menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai jumlah terkini hutang peminjam PTPTN serta usaha untuk meningkatkan semula bayaran balik pinjaman itu.

Kementerian itu turut memaklumkan PTPTN sentiasa mengalu-alukan peminjam untuk membuat perundingan dan menstrukturkan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan atau membuat penangguhan bayaran balik pinjaman mengikut kelonggaran yang dibenarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved