Baucar Buku Madani 2026 untuk semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) boleh ditebus bermula 15 Julai 2026. Baucar yang bernilai RM100 ini boleh ditebus melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).
Inisiatif ini adalah merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar dan meringankan beban kewangan.
Selain itu, ia juga bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda, terutamanya mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Baucar Buku Madani 2026 RM100 untuk pelajar IPT.
Apa Itu Baucar Buku Madani 2026?
Baucar Buku MADANI 2026 ialah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberikan bantuan berbentuk e-baucar digital bernilai RM100 kepada pelajar yang layak untuk membeli bahan bacaan dan buku rujukan akademik.
Para pelajar yang layak akan menerima baucar pembelian buku berjumlah RM100.
Baucar ini boleh ditebus mulai 15 Julai 2026 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).

Syarat Kelayakan Baucar Buku Madani 2026 Untuk Pelajar IPT
Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Menuntut di IPT di bawah seliaan KPT – termasuk Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS
- Berstatus aktif sebagai pelajar
- Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf Diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional
- Mod pengajian separuh dan sepenuh masa
KPT berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan budaya membaca, malah turut bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.

Cara Tebus Baucar Buku Madani Melalui MySiswaPlace
Untuk membuat semakan kelayakan dan menebus baucar buku fasa 2 bagi pelajar IPT dan IPG, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:
- Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
- Kod akan dijana sekiranya layak.
- Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
[VIDEO] Panduan Penebusan Baucar Online
Berikut dikongsikan cara membuat penebusan baucar buku secara online di platform MySISWAPLACE :
Tempoh Penebusan
Penebusan boleh dibuat 15 Julai 2026 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).
Baucar perlu dibelanjakan/ditebus selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Oktober 2026 (di platform portal MySiswaPlace).
NOTA PENTING : Tempoh sah laku asas (baseline) apabila kod baucar dijana adalah selama 7 hari. Namun, dengan penggabungan tempoh penangguhan (grace period) selama 5 hari, jumlah keseluruhan tempoh sah laku operasi adalah 12 hari (7 + 5 hari). Pelajar mesti melengkapkan pembelian dalam tetingkap 12 hari ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nilai baucar terbatal dan luput secara automatik.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Baucar Buku IPT 2026
Sila rujuk soalan lazim berikut:
Apa itu Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2026?Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2026 ialah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kerajaan MADANI untuk memberikan baucar bernilai RM100 kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia bagi tujuan pembelian bahan bacaan.
Pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima e-Baucar buku:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berstatus aktif sebagai pelajar sehingga 31 Mac 2026;
3. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan professional;
4. Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);
5. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa.
Pelaksanaan akan bermula pada 15 Julai 2026. Baucar perlu dibelanjakan/ditebus selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Oktober 2026 (di platform portal MySiswaPlace).
Bagaimana cara menebus Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2026?Penebusan baucar boleh dibuat melalui portal rasmi MySiswaPlace, iaitu platform sehenti di pautan https://mysiswaplace.my/ untuk:
-Semakan kelayakan
-Penjanaan baucar
-Penebusan baucar
-Pembelian bahan bacaan secara atas talian
Pelajar boleh membeli lebih 1 juta judul bahan bacaan, termasuk:
-Buku fizikal
-E-book
-Buku akademik
-Bahan rujukan
-Bacaan ilmiah
-Bacaan umum
Tidak. Inisiatif ini khusus untuk pelajar IPT warganegara Malaysia sahaja.
Adakah baucar yang telah dijana/ditebus mempunyai tempoh sah laku?Ya. Tempoh sah laku asas (baseline) apabila kod baucar dijana adalah selama 7 hari. Namun, dengan penggabungan tempoh penangguhan (grace period) selama 5 hari, jumlah keseluruhan tempoh sah laku operasi adalah 12 hari (7 + 5 hari). Amaran: Pelajar mesti melengkapkan pembelian dalam tetingkap 12 hari ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nilai baucar terbatal dan luput secara automatik.
Bila tarikh akhir tebus Baucar Buku Madani untuk pelajar IPT?Ya. Tempoh sah laku asas (baseline) apabila kod baucar dijana adalah selama 7 hari. Namun, dengan penggabungan tempoh penangguhan (grace period) selama 5 hari, jumlah keseluruhan tempoh sah laku operasi adalah 12 hari (7 + 5 hari). Amaran: Pelajar mesti melengkapkan pembelian dalam tetingkap 12 hari ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nilai baucar terbatal dan luput secara automatik.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi, atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi atau rujuk pautan siaran media rasmi : https://www.mohe.gov.my/





