
PUTATAN: Parti Warisan (Warisan) menzahirkan kebimbangan terhadap kenyataan Menteri Kerja Raya Sabah berhubung kewujudan hampir 1,200 kilometer paip air usang di seluruh negeri.
Timbalan Ketua Wira Warisan merangkap Timbalan Ketua Bahagian Warisan Putatan, Mohammad Firdaus Diun (gambar), berkata angka itu membuktikan masalah bekalan air di Sabah telah berlarutan selama beberapa dekad.
“Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan ialah bagaimana sehingga 1,200km paip dibiarkan tanpa penggantian terancang, dan adakah hal ini berkaitan dengan skandal rasuah besar Jabatan Air Sabah sebelum ini?” katanya dalam kenyataan, Rabu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau turut mempertikai jumlah sebenar peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan selepas skandal tersebut terbongkar, serta tahap pelaksanaan projek penggantian paip sehingga kini.
Firdaus berkata, masalah air tidak boleh lagi dianggap sebagai isu teknikal semata-mata, sebaliknya membabitkan soal kebertanggungjawaban dan ketelusan pentadbiran.
Rakyat Sabah terus menanggung kesan skandal lama — dengan tekanan air rendah, gangguan berulang dan catuan yang menjejaskan kehidupan harian,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, Warisan menggesa kerajaan melaksanakan tiga tindakan segera: Membentangkan pelan penggantian paip secara berperingkat dengan jadual yang jelas dan laporan berkala; mendedahkan laporan penuh status projek, jumlah peruntukan, kos serta identiti kontraktor yang terlibat; menubuhkan jawatankuasa audit bebas bagi memantau pelaksanaan dan memastikan ketelusan penggunaan dana.
Firdaus menegaskan rakyat Sabah sudah terlalu lama bersabar dan kerajaan perlu tampil menjawab persoalan utama – bagaimana situasi ini boleh berlaku dan ke mana perginya wang rakyat.



