1,500 anggota polis kawal keselamatan aksi sumbangsih Selangor FC, JDT

7 May 2024 • 2:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

JOHOR BAHRU, 7 MEI: Seramai 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya akan memastikan kawalan keselamatan pada tahap tertinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

“Kita tidak kompromi terhadap keselamatan dan kawalan keselamatan adalah pada tahap yang tertinggi.

“Sesiapa yang ingin menonton di stadium boleh pergi tanpa sebarang kerisauan,” katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai mendengar segala arahan oleh pegawai dan anggota polis bertugas selain tidak mencetuskan sebarang provokasi.

Perlawanan sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu melibatkan juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara Selangor FC.

– BERNAMA