1,500 sertai Riadah Perpaduan TYT

12 Apr 2026 • 9:56 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

1,500 sertai Riadah Perpaduan TYT

KOTA KINABALU: Seramai 1,500 individu menyertai program ‘Riadah Perpaduan Bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman’ di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Acara dimulakan dengan sesi senaman ringan sebelum Tun Musa bersama peserta menyertai aktiviti berjalan mengelilingi kawasan Taman Tasik, Kompleks Sukan.

Tun Musa turut mencuba sukan tradisional memanah, menyumpit dan melastik sebelum melawat pameran anjuran Lembaga Sukan Sabah serta Majlis Sukan Negeri Sabah.

Beliau juga berkesempatan bertemu pasukan bola sepak wanita Sabah.

Dalam majlis sama, upacara memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Yang di-Pertua Negeri berlangsung dalam suasana sederhana dan harmoni diikuti jamuan ringan bersama rakyat.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin; Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Sri Dr Anil Sandhu; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; serta Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.