1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berkaitan dadah

29 Oct 2026 • 12:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berkaitan dadah
Lukanisman. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 1588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah setakat September 2026.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sani berkata, ia meningkat berbanding 1,303 kes yang direkodkan sepanjang 2025.

Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara atas kesalahan berkenaan menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

"Lima negara yang mencatatkan kes tertinggi adalah Indonesia (381), China (380), Singapura (310), Thailand (102) dan Jepun (72)," katanya di Dewan Rakyat.

Lukanisman Awang berkata, bagi kes tahanan seumpama ini, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara akan membantu memastikan hak dan kebajikan semua tahanan warganegara Malaysia sentiasa terjaga.

Beliau berkata, kementerian turut menyedari isu keberkesanan keselamatan di pintu masuk dan keluar negara, khususnya berkaitan teknologi pengimbasan di lapangan terbang antarabangsa Malaysia.

"Ia susulan daripada beberapa kes yang dilaporkan di media antarabangsa mengenai penahanan warganegara Malaysia yang terlibat dengan kesalahan membawa masuk dadah ke negara asing," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved