“1 Sen Pun Belum Dapat Balik” – Wanita Dakwa Guna Semua Simpanan Melabur Di Restoran Kim Seri

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 5:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kim seri

Tular di aplikasi Thread, dakwaan seorang wanita yang mengaku sebagai pelabur dalam perniagaan restoran Kim Seri di Korea.

Wanita berkenaan mendakwa menggunakan duit simpanan hampir lima angka namun sehingga sekarang masih belum menerima pulangan.

“Saya tak halalkan satu sen pun” – Pelabur

image is not available

image is not available

Pengguna media sosial ini mendakwa Kim Seri berjanji akan menunjukkan semua keuntungan restoran selepas setahun beroperasi tetapi sehingga ke hari ini masih tiada sebarang perkembangan

Setahun baru nak tunjuk semua profit tapi sampai sekarang tak nampak apa.

Jelasnya lagi, laporan polis akan dibuat selepas dirinya pulih daripada pembedahan kecil. Dia didakwa mempunyai bukti resit pembayaran dan dokumen mengenai perjanjian tersebut.

Kim seri hanya mesej beritahu rugi?

image is not available

Terdahulu, pempengaruh kontroversi Kim Seri memaklumkan dirinya sudah ditendang keluar daripada restoran tersebut secara tiba-tiba.

Kim Seri dikatakan sudah tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan itu biarpun ianya masih beroperasi seperti biasa.

#OhmediaNasihat

Kisah ini menjadi pengajaran untuk semua supaya lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan. Pastikan perjanjian jelas dan dapatkan bukti hitam putih sebelum melibatkan wang yang besar. Jika terdapat sebarang keraguan, rujuk kepada pihak yang pakar dalam bidang pelaburan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Thread @sagacious_sally