“Saya Tak Halalkan Satu Sen Pun” - Pelabur Buka Mulut Isu Penutupan Restoran Kim Seri

19 Dec 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di aplikasi Threads, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dan kekecewaannya kerana masih belum menerima pulangan wang daripada pelaburan yang dibuat untuk membangunkan restoran Kim Seri yang bertempat di Myeongdong, Korea Selatan.  

Menuntut wang pelaburan


Menerusi perkongsian tersebut, individu yang dikenali sebagai Sagacious Sally meminta agar wang pelaburannya dikembalikan susulan penutupan dan pertukaran hak milik restoran tersebut.

“Restoran Kim Seri dah tutup tapi sampai sekarang duit pelabur satu sen pun tak dapat pulangan balik. 

“Tolong pulangkan duit saya,” katanya menerusi aplikasi Threads. 

Tidak Halalkan wang pelaburan


Jelas individu itu lagi, dia bertegas menuntut wang pelaburannya agar dikembalikan seperti yang dijanjikan dan tidak merelakan wang tersebut digunakan.

“Dah tukar pemilik pun duit pelaburan dari pelabur patut dikembalikan. 


“Saya tak halalkan satu sen pun kalau tak dikembalikan,” jelasnya.

Meninjau di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang bertanya kepada individu tersebut bagaimana dia boleh membuat pelaburan itu walaupun tanpa mengetahui risiko yang mungkin dihadapinya.

image is not available

Terdahulu, Kim Seri telah memuat naik hantaran di Instagram Story mengakui restoran Kim Seri bukan miliknya lagi. 

Sekadar info, Tular video di media sosial mengenai seorang wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan Kim Seri selepas tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan bersama rombongan kerana tiada tiket penerbangan seperti dijanjikan. 


Walaupun berjaya pulang ke tanah air dengan bantuan individu lain, Seri tampil memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas akibat penundaan trip pelancongan di bawah syarikatnya.