Restoran Kim Seri ditutup, pelabur pula bersuara – “Saya tak halalkan 1 sen pun!”

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 3:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Restoran Kim Seri ditutup

Seorang wanita yang dikenali sebagai Sagacious Sally meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa kerana masih belum menerima wang daripada pelaburan yang dibuat untuk membangunkan restoran Kim Seri di Myeongdong, Korea Selatan.

Dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Thread, wanita terbabit menuntut semula wang depositnya susulan penutupan restoran tersebut dan penukaran pemilik.

Restoran Kim Seri ditutup

image is not available

“KimSeri restaurant dah tutup tapi until now duit pelabur 1 sen pun saya belum dapat balik lagi.

“Tolong pulangkan duit saya, dah tukar pemilik pun duit deposit dari pelabur patut dikembalikan,” dakwanya.

Tegas wanita itu lagi, dia tidak akan menghalalkan wang tersebut sekiranya wang pelaburannya tidak dikembalikan seperti mana yang telah dijanjikan.

“Saya tak halalkan 1 sen pun kalau tak dikembalikan,” ujarnya.

Restoran Kim Seri ditutup

image is not available

Terdahulu, Kim Seri mendedahkan restoran makanan Korea halal sebesar tiga tingkat di Myeongdong, Seoul bukan lagi miliknya. Dakwanya, dia telah dihalau keluar daripada KimSeri Restaurant yang telah diusahakan sejak Jun 2023.

Terdahulu, nama Kim Seri menjadi bualan hangat ramai apabila dia dituduh sebagai ‘scammer’ selepas gagal membayar hutang tertunggak yang mengambil pakej percutian di bawah syarikatnya.

Pun begitu, Kim Seri memohon maaf secara terbuka dan memberi jaminan kepada pelanggannya untuk melunaskan bayaran tertunggak tersebut dalam tempoh dua bulan.

image is not available

Polis turut mengesahkan terima lima laporan berhubung dakwaan menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang dikendalikan oleh pempengaruh tersebut.

Seramai 10 individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan oleh Kim Seri yang menawarkan pakej selama lima hari dengan harga kira-kira RM4,000.

Sumber: Thread @Sagacious Sally