1 Utama Mengaktifkan Sistem Parkir Pengecaman Nombor Plat LPR Dengan 1Pay

DigitalCars
13 Aug 2025 • 8:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pusat membeli belah 1 Utama minggu ini mengaktifkan ciri membayar parkir menggunakan sistem pengecaman nombor plat (LPR) kepada pemegang kad ONECARD. Untuk menggunakan ciri ini, buka aplikasi 1 Utama SuperApp dan notifikasi mengaktifkan ciri akan dipaparkan.

Pilih bersetuju untuk menggunakan sistem LPR dan masukkan nombor pendaftaran dan jenis kenderaan anda. Setiap pelanggan ONECARD dibenarkan mendaftarkan dua kenderaan sahaja untuk setiap akaun.

image is not available

Selepas diaktifkan, ONECARD tidak lagi boleh digunakan untuk membayar parkir menggunakan sensor sentuhan di pintu masuk dan keluar 1 Utama. Sebaliknya bayaran akan ditolak daripada akaun 1Pay pelanggan yang boleh ditambah nilai menerusi aplikasi yang sama.

Ciri ini hanya diberikan kepada pelanggan ONECARD sahaja pada waktu ini tetapi pihak pengurusan 1 Utama berkata sistem akan dibuka kepada bukan pelanggan di masa hadapan. 1 Utama ialah pusat membeli belah ke-13 terbesar di dunia. Ia menerima kritikan kerana hanya menyokong sistem kad parkir kertas dan ONECARD sahaja sedangkan pusat membeli belah lain sudah menyokong kad debit, kredit dan Touch N’ Go.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved