10,000 penjawat awam gred 10 ke bawah terima manfaat perlindungan kesihatan

LocalHealth & Fitness
14 Nov 2025 • 5:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 NOV: Seramai 10,000 penjawat awam gred 10 dan ke bawah bakal menerima manfaat perlindungan kesihatan menerusi program Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu diperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan perlindungan komprehensif kepada kumpulan berkenaan.

“Manfaat merangkumi rawatan asas, hospitalisasi serta perlindungan kematian semula jadi, kecacatan kekal, penyakit kritikal dan bantuan pengebumian,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Program dilaksanakan sejak 2018 itu membolehkan penjawat awam negeri mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan di hospital serta klinik swasta yang berdaftar.