Tanda Penghargaan, Penjawat Awam Johor Terima Bonus 2 Bulan Gaji Disember Ini

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 3:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penjawat awam di Johor bakal menikmati bonus sebanyak dua bulan gaji yang akan dibayar pada Disember ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian itu merupakan tanda penghargaan kepada 17,454 kakitangan awam negeri atas komitmen dan dedikasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat dan negeri.

Penjawat awam Johor

image is not available

Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan khas tersebut juga melibatkan kakitangan awam Persekutuan yang menerima gaji di bawah tanggungan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri bersetuju memberikan ‘bonus’ sebanyak dua bulan gaji menerusi pemberian insentif khas penjawat awam negeri,” katanya ketika pembentangan Belanjawan Johor 2026 di Kota Iskandar, pada Khamis.

Artikel lain: Penjawat Awam Tidak Lagi Wajib Pakai Tali Leher Semasa Kerja, Mesyuarat – JPA

Penjawat awam Johor

image is not available

Dalam pada itu, Onn Hafiz (Machap–BN) turut mengumumkan bahawa setiap penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor akan menerima RM500 seorang menerusi Insentif Khas Penjawat Awam Persekutuan.

Beliau menjelaskan, peruntukan berjumlah RM70.1 juta itu melibatkan seramai 140,185 penjawat awam Persekutuan di negeri berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

The post Tanda Penghargaan, Penjawat Awam Johor Terima Bonus 2 Bulan Gaji Disember Ini appeared first on Borak Daily.