10 ADUN muncul dalam spekulasi barisan Exco baharu Negeri Sembilan

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 8:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 ADUN muncul dalam spekulasi barisan Exco baharu Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Spekulasi mengenai penyusunan semula barisan pentadbiran Negeri Sembilan kembali menjadi perhatian apabila 10 nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikaitkan sebagai antara calon yang bakal mengisi barisan Exco baharu negeri ini.

Antara nama yang mula disebut termasuk ADUN dari BN, Datuk Saiful Yazan Sulaiman (Johol), Muhammad Sufian Maradzi (Seri Menanti), Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (Jeram Padang) dan Koh Kim Swee (Repah).

Manakala, ADUN dari Perikatan Nasional (PN) pula antaranya ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad.

Kosmo! menerusi sumber dipercayai difahamkan barisan ADUN baharu ini sudah pun dipanggil menghadap di Istana Besar Seri Menanti, di sini, Jumaat lalu.

Proses berkenaan didakwa dibuat tidak sampai sehari Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pulang ke negara ini serta disambut penyokong di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) pada malam Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

The post 10 ADUN muncul dalam spekulasi barisan Exco baharu Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved