
KUALA LUMPUR: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mencabar tindakan membatalkan pelantikan mereka sebagai Excp kerajaan negeri pada 24 September lalu, memohon Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan pemecatan itu batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa.
Mereka membabitkan Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah selaku
Mereka antaranya mempersoal sama ada pelantikan EXCO, selain Menteri Besar, boleh dibatalkan melalui penarikan balik perkenan Yang di-Pertuan Besar secara bersendirian tanpa nasihat Menteri Besar.
Dalam permohonan itu, mereka memohon deklarasi bahawa pembatalan pelantikan yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan N.S. P.U. 18 bertarikh 24 September 2026 adalah batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa terhadap mereka.
Semua plaintif turut memohon supaya persoalan perlembagaan berhubung kuasa membatalkan pelantikan EXCO berkenaan diputuskan mahkamah.
Semua plaintif memfailkan Saman Pemula terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan.
Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada 5 Oktober lalu.
The post 10 ADUN Negeri Sembilan mohon mahkamah isytihar pemecatan sebagai Exco tidak sah appeared first on Utusan Malaysia.





