10 bekas Exco bawa kes ke Mahkamah Tinggi

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 3:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 bekas Exco bawa kes ke Mahkamah Tinggi

SEREMBAN – Sepuluh bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban ekoran pembatalan lantikan yang dikenakan ke atas mereka.

Kesemua plaintif menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan dalam tindakan undang-undang tersebut.

Menerusi saman berkenaan, mereka memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pembatalan pelantikan yang diwartakan pada 24 September lalu sebagai batal, tidak sah dan tidak mempunyai kuat kuasa.

Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada 5 Oktober lalu.

Mereka antaranya mempersoalkan sama ada pelantikan Exco, selain Menteri Besar, boleh dibatalkan melalui penarikan balik perkenan Yang di-Pertuan Besar secara bersendirian tanpa nasihat Menteri Besar.

Pembatalan pelantikan itu sebelum ini dinyatakan berkuat kuasa pada 20 September selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Perkara itu kemudian diwartakan pada 24 September menerusi Warta Kerajaan Negeri Sembilan, selaras dengan Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. – KOSMO! ONLINE

The post 10 bekas Exco bawa kes ke Mahkamah Tinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved