Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan 10 bandar paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2026 pada 7 April 2026.
Pengiktirafan ini berdasarkan Indeks Kebahagiaan dari Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets).
Layari portal rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa KPKT untuk mengetahui senarai bandar paling bahagia tahun-tahun sebelumnya.
Jom semak sama ada lokasi bandar anda termasuk dalam senarai Bandar Paling Bahagia 2026 di bawah.
Ringkasan Bandar Paling Bahagia 2026
- Pengumuman Bandar Paling Bahagia 2026 telah diumumkan semasa Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.
- Anugerah ini berdasarkan Indeks Kebahagiaan dari Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets).
- 10 bandar disenaraikan sebagai Bandar Paling Bahagia 2026.
Apa Itu Bandar Paling Bahagia?
Bandar Paling Bahagia adalah anugerah tahunan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia yang mengiktiraf bandar atau daerah dengan tahap kebahagiaan penduduk tertinggi.
Anugerah ini berdasarkan Indeks Kebahagiaan dari Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) yang mengukur faktor seperti kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, persekitaran bersih, keselamatan, dan hubungan komuniti di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ia diumumkan sempena Hari Kebahagiaan Sedunia dengan 10-20 pemenang setiap tahun.
Inisiatif ini menyokong agenda MADANI dengan mempromosikan pengurusan bandar mampan, meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui infrastruktur dan program komuniti yang lebih baik.
Bagi tahun 2026, pengumuman Bandar Paling Bahagia 2026 telah diumumkan semasa Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sambutan tahun ini bertemakan “Bijak Digital, Cipta Bahagia Bersama” yang bertujuan mengiktiraf kepentingan keseimbangan antara pembangunan fizikal, sosial, dan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan rakyat.


Senarai Bandar Paling Bahagia 2026
Tahun ini, 10 bandar telah diiktiraf sebagai bandar paling bahagia 2026. Berikut ialah senarai Bandar Paling Bahagia 2026 yang diumumkan oleh KPKT Malaysia:
- Bandar Simpang Renggam, Johor
- Bandar Dabong, Kelantan;
- Bandar Kluang, Johor;
- Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu;
- Bandar Lipis, Pahang;
- Bandar Marang, Terengganu
- Bandar Mersing, Johor
- Bandar Permaisuri, Terengganu
- Bandar Ranau, Sabah
- Bandar Raub, Pahang










Kriteria Penilaian
Bagi tahun 2026, kaedah penentuan Indeks Kebahagiaan Bandar telah ditambah baik agar lebih kukuh dan berintegriti melalui integrasi dua sumber data utama:
- 80% Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM): Mengukur kesejahteraan menyeluruh rakyat (fizikal, sosial, emosi, dan spiritual) melalui 13 komponen Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI).
- 20% Sistem MURNInets (PLANMalaysia): Menilai persepsi penduduk terhadap kualiti persekitaran, kemudahan awam, dan perkhidmatan perbandaran setempat.Integrasi data makro nasional dan pengalaman sebenar penduduk ini menghasilkan rujukan yang lebih seimbang dan konsisten bagi memacu dasar pembangunan negara.
Penganugerahan ini diharapkan dapat menjadi pencetus semangat kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk terus memperkukuh perancangan bandar yang mampan serta berfokuskan kesejahteraan komuniti.
“Be the reason someone smiles today. Happy International Day of Happiness!”
Throwback – Bandar Paling Bahagia 2025
Berikut pula senarai bandar paling bahagia untuk tahun 2025:
20 BANDAR PALING BAHAGIA TAHUN 2025
1. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah)
- Bandar Lipis, Pahang;
- Cameron Highlands, Pahang;
- Bandar Kuala Krai, Kelantan;
- Bandar Baharu, Kedah;
- Bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan;
- Bandar Jerantut, Pahang;
- Bandar Jelebu, Negeri Sembilan; dan
- Bandar Telupid, Sabah.
2. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran)
- Bandar Bintulu, Sarawak;
- Bandar Temerloh, Pahang;
- Bandaraya Diraja Klang, Selangor;
- Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan;
- Bandar Jasin, Melaka;
- Bandar Pontian, Johor;
- Bandar Ampang Jaya, Selangor;
- Bandar Batu Pahat, Johor;
- Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka;
- Bandaraya Petaling Jaya, Selangor;
- Bandaraya Johor Bahru, Johor; dan
- Bandar Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Bandar Paling Bahagia 2026, sila rujuk:
Soalan Lazim Bandar Paling Bahagia 2026
Apa itu Anugerah Bandar Paling Bahagia 2026?Anugerah ini diumumkan pada 7 April 2026, mengiktiraf 10 bandar teratas berdasarkan Indeks Kebahagiaan dari Program MURNInets KPKT.
Apa senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2026?Bandar Simpang Renggam, Johor
Bandar Dabong, Kelantan;
Bandar Kluang, Johor;
Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu;
Bandar Lipis, Pahang;
Bandar Marang, Terengganu
Bandar Mersing, Johor
Bandar Permaisuri, Terengganu
Bandar Ranau, Sabah
Bandar Raub, Pahang
– 80% Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM): Mengukur kesejahteraan menyeluruh rakyat (fizikal, sosial, emosi, dan spiritual) melalui 13 komponen Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI).
– 20% Sistem MURNInets (PLANMalaysia): Menilai persepsi penduduk terhadap kualiti persekitaran, kemudahan awam, dan perkhidmatan perbandaran setempat.Integrasi data makro nasional dan pengalaman sebenar penduduk ini menghasilkan rujukan yang lebih seimbang dan konsisten bagi memacu dasar pembangunan negara.
PBT hantar data melalui portal MURNInets; penilaian automatik berdasarkan penunjuk mampan. Tiada permohonan individu.
Apa Faedah Kemenangan?Meningkatkan pelaburan infrastruktur, promosi pelancongan, dan program komuniti di bawah agenda MADANI.


![[LIVE] Piala Malaysia 2026: Jadual Perlawanan & Keputusan](https://cdn.newswav.com/img/topic/football.jpeg)