10 Jalan Di KL Ditutup Sebab Acara Larian

20 Sep 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian buat warga kota! Sebanyak 10 jalan sekitar ibu kota ditutup, hari ini, untuk memberi laluan kepada penganjuran acara larian 'Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR) - Road to Visit Malaysia 2026'sempena sambutan Hari Malaysia 2025.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata penutupan dan lencongan sementara laluan terbabit akan bermula jam 2.30 petang.

Beliau berkata, laluan berkenaan ialah Jalan P Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Pinang, Jalan Kia Peng, Jalan Stonor dan Jalan Conlay.

image is not available

Selain itu, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang (dari Jalan Tun Razak menghala ke KLCC / dari Lembaga Getah Malaysia menghala ke Jalan Tun Razak).

Katanya, acara larian itu dijadualkan bermula di hadapan KLCC Jalan Ampang pada jam 3 petang.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai dinasihat tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan atau tempat yang akan menyebabkan gangguan kepada lalu lintas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved