10 Jam Terperangkap Lepas Jiran Bina Tembok 2.5 Meter, Sengaja ‘Block’ Laluan Keluar Masuk Lepas…

Entertainment
24 Dec 2022 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Akibat konflik membabitkan dua keluarga yang hidup berjiran, salah satu keluarga terbabit terperangkap di dalam rumah mereka sendiri selepas sebuah tembok sengaja dibina bagi menghalang satu-satunya laluan keluar masuk.

Kompas.com melaporkan, keluarga Riyanto dan keluarga Haryono mempunyai konflik yang sudah melarat tiga tahun lamanya. Kalau nak tahu, kedua keluarga ni boleh dikira sebagai saudara-mara.

Difahamkan, konflik berkenaan bermula apabila keluarga Haryono kerap menuduh keluarga Riyanto mencuri tanah mereka dan sering mencaci keluarganya.

image is not available

Akibatnya, Riyanto telah membina tembok setinggi 2.5 meter bagi menghalang satu-satunya jalan keluar masuk dari rumah keluarga Haryono.

Terpaksa panjat scaffolding nak hantar makanan

Dalam pada itu, salah seorang anak kepada keluarga Haryono, Widiastuti berkata, dia memang tahu akan konflik keluarga mereka. Pun begitu, dia yang baru pulang dari meniaga soto terkejut selepas melihat tembok berkenaan.

“Balik dari meniaga, tahu-tahu je dah ada tembok tutup jalan. Saya tahu keluarga memang ada konflik dengan jiran tapi tak sangka sampai macam ni sebab jalan ni memang dah berpuluh tahun kami gunakan,” katanya.

Menurut Widiastuti lagi, rumah terbabit didiami empat yang lain iaitu ibu bapanya, Haryono, 80 dan Asmunah, 62. Seorang lagi ahli keluarga, Bagus, 30 dan anak perempuan Widiastuti, Maya, 19 juga tinggal di situ.

Difahamkan, selama 10 jam terperangkap, Widiastuti tak menegur jirannya itu kerana risau akan terjadi pergaduhan lebih parah. Jadi, dia telah melaporkan hal berkenaan kepada ketua kampung.

image is not available

“Dengan bantuan jiran lain, saya terpaksa panjat scaffolding untuk menghantar makanan pada keluarga sendiri,” tambahnya.

Sorang kata lain, sorang kata lain…

Jelas ketua kampung, hasil temu bualnya mendapati, keluarga Haryono memang pernah menjual tanah jalan akses itu namun, tiada bukti bertulis yang mengesahkannya.

Walau bagaimanapun, tanah akses dimana tembok berkenaan didirikan ternyata memang milik keluarga Riyanto kerana mereka mempunyai sijil mengesahkan pemilikan mereka.

Meskipun usaha mendamaikan kedua kelaurga itu masih belum bernokhtah, sebahagian tembok berkenaan telah dirobohkan bagi membuka semula jalan keluar masuk.

Sumber: Kompas.com

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.