10 karya terbaik Sabah berentap di pentas akhir Anugerah CLAS16

LocalMusic
25 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

10 karya terbaik Sabah berentap di pentas akhir Anugerah CLAS16

SEBANYAK 10 karya terbaik tempatan Sabah bakal berentap merebut gelaran juara dalam Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16) yang bakal berlangsung esok (Sabtu).

Pengarah Penyiaran Sabah Mohd Yusni Mohamed Ali berkata CLAS16 yang dianjurkan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik akan meneruskan kesinambungan penganjuran pertandingan lagu berprestij itu sejak 2005 sebagai platform bagi mengetengahkan karya, bakat dan kreativiti penggiat muzik tempatan.

“Penganjuran CLAS16 yang mendapat tajaan Kerajaan Negeri ini bukan sahaja memberi ruang kepada komposer, penulis lirik dan penyanyi tempatan memperkenalkan karya mereka menerusi radio RTM malah turut menjadi antara usaha berterusan RTM Sabah dalam memperkasa ekosistem muzik tempatan serta membuka peluang karya anak Sabah mendapat perhatian lebih luas di peringkat nasional,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua 10 finalis CLAS16 dipilih berdasarkan pencapaian karya masing-masing dalam carta mingguan CLAS menerusi sokongan dan undian pendengar sepanjang musim pertandingan.

Finalis yang bakal berentap ialah Bukan Milikmu nyanyian Rusdie Shaah (Komposer: Rusdie Shaah, Lirik: Black), Semarakkan Harapan oleh Mixsimus Jumi (Komposer dan Lirik: Mixsimus Jumi), Bahagia Tanpamu dendangan Qahirah Maisarah (Komposer: Edwan Abu, Lirik: Edwan Abo), Lumangad Oku Dika nyanyian Ryenald Guntabid (Komposer dan Lirik: Ryenald Guntabid) dan Hati Bukan Mata oleh Narsisius Justin Misin (Komposer dan Lirik: Narsisius Justin Misin).

Turut bersaing adalah Yang Satu nyanyian Moses Bryan Clay (Komposer: Moses Bryan Clay & Don, Lirik: Don), Mungkin Hari Esok nyanyian Queennera (Komposer dan Lirik: Clerence@Bob), Bintang Menemani Bulan dendangan Arddley Nicholas (Komposer dan Lirik: Arddley Nicholas), Memori oleh Felix Agus (Komposer dan Lirik: Jun) dan Mawar Merekah nyanyian Dang Mar Ezzah (Komposer: Nabil Syafiq, Lirik: Ag Aidil Adzhar Bakar).

Malam kemuncak CLAS16 bakal menyaksikan persaingan bagi merebut tiga kedudukan utama iaitu juara, tempat kedua dan tempat ketiga selain tiga kategori khas iaitu Vokal Terbaik, Lirik Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM18,500.00 selain trofi dan sijil penyertaan.

Juara akan menerima hadiah wang tunai RM6,000, tempat kedua (RM4,000) dan Tempat Ketiga (RM2,000). Pemenang Vokal Terbaik, Lirik Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing menerima RM1,000.

Tujuh finalis turut menerima hadiah saguhati RM500.00 setiap seorang. Kesemua finalis akan diiringi persembahan muzik secara langsung oleh Kombo RTM Sabah dan turut dimeriahkan dengan persembahan khas daripada Juara CLAS Musim ke-15 Velvet Aduk dan kumpulan penari Funz Crew yang akan membuat persembahan pembukaan.

Anugerah ini akan dikendalikan oleh gandingan pengacara RTM, DJ Edith dan DJ Noddy.

CLAS16 yang bertemakan ‘Black Gold’ akan dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kota Kinabalu bermula pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Anugerah ini turut disiarkan menerusi siaran SABAHfm, media sosial rasmi RTM Sabah serta penstriman digital melalui aplikasi RTMKlik.

Orang ramai dan peminat muzik tempatan dijemput hadir bagi memberikan sokongan kepada kesemua finalis. Masuk adalah percuma.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved