10 kawasan di seluruh negara rekod kualiti udara tidak sihat

LocalEnvironment
14 Aug 2026 • 10:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 10 kawasan di seluruh negara rekod kualiti udara tidak sihat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kawasan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan majoriti lokasi itu terletak di Sarawak.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling tinggi, iaitu 183, diikuti Kuching (171), Samarahan (171), Sri Aman (163), Sarikei (158), Mukah (152), dan Bintulu (147).

Di Semenanjung, tiga kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Cheras (153) Johan Setia (150) dan Shah Alam (103).

Sementara itu, sebanyak 56 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100), manakala dua kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – BERNAMA

The post 10 kawasan di seluruh negara rekod kualiti udara tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved