IPU Cheras cecah 151, KL diselebungi jerebu

LocalEnvironment
14 Aug 2026 • 7:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: IPU Cheras cecah 151, KL diselebungi jerebu

PETALING JAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) memantau rapi status kualiti udara di sekitar ibu negara susulan kemerosotan kualiti udara dan trend peningkatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pengarah JAS WPKL, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kemerosotan kualiti udara di dalam negara hari ini berpunca daripada pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah.

“Situasi ini diburukkan lagi dengan keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini, menyebabkan zarah terampai seperti habuk dan debu, mudah terperangkap di ruang udara ibu kota

“Berdasarkan rekod cerapan stesen pengawasan kualiti udara (EQMS) JAS pada pukul 6 petang, stesen Cheras mencatatkan peningkatan sehingga mencapai tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 151,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, JAS WPKL menggerakkan pasukan penguat kuasa untuk mempergiat rondaan harian bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berisiko seperti tapak pelupusan sampah haram, kawasan perindustrian, tapak pembinaan dan kawasan perumahan.

“JAS WPKL ingin memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan pembakaran terbuka,” katanya.

Sharifah Zakiah berkata, JAS WPKL komited meneruskan pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan pemantauan kualiti udara.

“Orang awam disaran untuk sentiasa peka dan menyemak trend bacaan IPU terkini dari semasa ke semasa menerusi portal rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia di eqms.doe.gov.my atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di Google Play dan App Store,” katanya.

Sebarang aduan mengenai aktiviti pembakaran terbuka atau pencemaran alam sekitar boleh dilaporkan kepada JAS menerusi talian bebas tol 1-800-88-2727. – KOSMO! ONLINE

The post IPU Cheras cecah 151, KL diselebungi jerebu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved