10 kereta musnah terbakar di parkir pusat beli-belah

LocalCars
6 Oct 2026 • 11:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 10 kereta musnah terbakar di parkir pusat beli-belah
Lapan kereta dianggarkan musnah 80 hingga 90 peratus manakala dua lagi mengalami kerosakan 20 ke 30 peratus.
Image from: 10 kereta musnah terbakar di parkir pusat beli-belah
10 kereta musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di parkir bawah tanah dua pusat beli belah di Johor Bahru, pada Selasa
Image from: 10 kereta musnah terbakar di parkir pusat beli-belah
Asap hitam menyelubungi persekitaran bandaraya Johor Bahru selepas 10 kereta di parkir sebuah pusat beli belah terbakar, petang Selasa

JOHOR BAHRU - Sebanyak 10 kereta musnah terbakar dalam kejadian di parkir tingkat bawah tanah dua (Basement 2), pusat beli belah Johor Bahru City Square (JBCC) di sini petang Selasa.

Komander Operasi Kanan Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Jamal berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, lapan kenderaan terbakar antara 80 hingga 90 peratus manakala dua lagi mengalami kemusnahan antara 20 hingga 30 peratus.

Menurut beliau, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Setibanya PKO di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran membabitkan bangunan pusat beli-belah di tingkat bawah tanah dua.

“Pemeriksaan mendapati kira-kira 10 kenderaan berada di kawasan terbabit telah terbakar,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

**media[3669830]**

Sebelum ini, seorang wanita warga Singapura antara tiga mangsa dilaporkan sesak nafas selepas sebuah kereta terbakar di kawasan parkir aras bawah tanah pusat beli belah.

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang wanita tempatan dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut.

Suhaimi memberitahu, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki daripada sistem pencegah kebakaran yang terdapat di bangunan berkenaan serta pam jentera bomba.

**media[3669831]**

“Tiga mangsa wanita masing-masing berusia 35, 48 dan 57 tahun mengalami sesak nafas, dengan mangsa berusia 57 tahun merupakan warganegara Singapura,” ujarnya.

Beliau menambah, operasi melibatkan 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, BBP Tebrau, BBP Kempas dan Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved