[KEMASKINI] 10 kenderaan musnah dijilat api di parkir JBCC

LocalCars
6 Oct 2026 • 10:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] 10 kenderaan musnah dijilat api di parkir JBCC

JOHOR BAHRU – Sebanyak 10 kenderaan musnah dan rosak teruk selepas dijilat api dalam kebakaran di parkir tingkat bawah tanah 2 (Basement 2, pusat beli-belah Johor Bahru City Square (JBCC), di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, lapan kenderaan terbakar antara 80 hingga 90 peratus manakala dua lagi mengalami kemusnahan antara 20 hingga 30 peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.40 petang sebelum pasukan bomba tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati benar berlaku kebakaran membabitkan bangunan pusat beli-belah di tingkat bawah tanah dua.

“Pemeriksaan mendapati kira-kira 10 kenderaan berada di kawasan terbabit telah terbakar,”kata kenyataan itu hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki daripada sistem pencegah kebakaran yang terdapat di bangunan berkenaan serta pam jentera bomba.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, tiga wanita dilaporkan mengalami sesak nafas akibat kejadian itu, manakala seorang lelaki dewasa dilaporkan selamat.

“Tiga mangsa wanita masing-masing berusia 48, 35 dan 57 tahun mengalami sesak nafas, dengan mangsa berusia 57 tahun merupakan warganegara Singapura.

“Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada semua mangsa sebelum seorang wanita berusia 48 tahun dihantar ke hospital menggunakan EMRS J2-01 dari BBP Larkin,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan parkir bagi memastikan tiada mangsa lain yang terperangkap.

Operasi melibatkan 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, BBP Tebrau, BBP Kempas serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mount Austin. – KOSMO! ONLINE

The post [KEMASKINI] 10 kenderaan musnah dijilat api di parkir JBCC appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved