10 maut, 24 cedera bas pekerja kemalangan

1 Nov 2026 • 10:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 maut, 24 cedera bas pekerja kemalangan

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 24 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa pekerja bertembung dengan sebuah kenderaan berat di lebuh raya utama wilayah Giza, Mesir lapor saluran berita Gulf News.

Menurut pihak  Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir, 10 daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan tidak stabil, manakala 14 lagi mengalami kecederaan ringan serta sederhana. 

Susulan laporan mengenai nahas di Lebuh Raya Lingkaran Tengah itu, pasukan polis dan ambulans bergegas ke lokasi bagi operasi menyelamat. 

Mangsa yang cedera segera dikejarkan ke beberapa hospital berdekatan untuk menerima rawatan kecemasan, manakala urusan dokumentasi mangsa terkorban diserahkan kepada pihak berkuasa.

Laporan awal mendapati pertembungan membabitkan sebuah kenderaan berat dan sebuah bas mini yang mengangkut pekerja, sekali gus meragut angka korban yang besar dan mencetuskan kebimbangan baharu berhubung keselamatan kenderaan berat di laluan pengangkutan awam.

Pihak berkuasa kini giat melakukan siasatan di tempat kejadian dan merekodkan keterangan saksi, manakala pihak Pendakwaan Awam Mesir sedang mengenal pasti punca sebenar pertembungan sama ada melibatkan kecuaian pemandu, kegagalan mekanikal, atau faktor persekitaran lain. – AGENSI

 

The post 10 maut, 24 cedera bas pekerja kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved