Warga emas maut dilanggar bas

30 Oct 2026 • 5:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas maut dilanggar bas
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah bas ketika melintas di Jalan Masjid Abidin berhampiran laluan masuk Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa Mat Ghani Mamat, 77, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Beliau berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang ramai yang memaklumkan kemalangan melibatkan pejalan kaki itu dengan sebuah bas pada jam 12.28 tengah hari.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila pemandu bas yang datang dari Besut sedang bergerak membelok masuk ke laluan terminal bas telah terlanggar mangsa yang tiba-tiba keluar dari kiri ke kanan jalan.

"Jarak yang sangat dekat menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki berkenaan. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian," katanya.

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved