
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga jam 10 malam ini.
Menurut kenyataan itu, kawasan terlibat merangkumi beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis.
Beberapa negeri diramal hujan lebat
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula seperti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
"Selain itu, Perak pula meliputi daerah Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim, Batang Padang, Hilir Perak, Bagan Datuk dan Perak Tengah.
"Di Kelantan, hanya daerah Gua Musang diramal hujan lebat, sementara di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang. Pahang pula seperti Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands.
"Di Selangor, hanya daerah Hulu Selangor dijangka hujan malam ini.
"Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan seperti Betong, Bintulu (Tatau), Kapit (Bukit Mabong, Song dan Kapit), Samarahan, Sri Aman, Serian, Kuching (Kuching), Sibu (Selangau) diramal hujan.
"Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Pensiangan, Membakut, Tambunan, Keningau dan Sook), Sandakan (Tongod, Labuk & Sugut, Kinabatangan dan Sandakan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Kalabakan)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.






