9 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 2:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

9 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri sehingga jam 6 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kulim, Baling, Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Bandar Baharu dan Kuala Muda. Manakala di Pulau Pinang pula melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Selain itu, di Perak pula termasuk Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

"Di Kelantan, ia hanya melibatkan kawasan Jeli, manakala di Terengganu pula hanya melibatkan Hulu Terengganu. 

"Pahang juga hanya melibatkan satu kawasan, iaitu Cameron Highlands.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman (Lubok Antu), Mukah (Daro, Tanjung Manis dan Mukah), Sarıkei (Sarikei, Maradong dan Julau), Kuching (Bau dan Lundu), Bintulu, Sibu (Selangau), Kapit (Song), Limbang, Miri (Marudi, Subis dan Miri).

“Sementara di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan), Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Membakut, Tambunan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Sandakan (Paitan dan Telupid),” maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Image from: 9 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved