10 negeri hujan lebat, hati-hati balik kerja petang ini

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 negeri hujan lebat, hati-hati balik kerja petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan di 10 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ia melibatkan Perlis, Kedah (Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Baling, Kubang Pasu, Sik, Langkawi dan Padang Terap), Pulau Pinang dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Selama, Larut Matang, Kerian dan Perak Tengah).

“Amaran ibut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka turut melibatkan Kelantan (Kuala Krai, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Kuantan, Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Kulai dan Batu Pahat).

“Selain itu, amaran turut melibatkan Sarawak: Mukah, Sibu, Betong, Sarikei, Limbang, Bintulu, Kapit (Song), Miri (Subis dan Marudi) serta Sabah: Kudat, Pantai Barat, Pedalaman (Tambunan, Beaufort dan Sipitang), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan), Tawau (Tawau, Kalabakan dan Semporna),” kata MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post 10 negeri hujan lebat, hati-hati balik kerja petang ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved