10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

TechnologyDigital
22 Jul 2026 • 9:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8 dan Z Flip8 akhirnya dilancarkan secara rasmi di London sebentar tadi. Dengan iterasi ke lapan peranti skrin boleh-lipat mereka, Samsung sudah memahami apa yang diinginkan oleh pengguna peranti skrin boleh-lipat. Mereka juga lebih agresif tahun ini dengan Z Fold8 hadir dengan skrin bernisbah 4:3 yang lebih lebar. Ini ialah senarai 10 perkara menarik dan mengecewakan untuk ketiga-tiga peranti lipat terkini Samsung.

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

MENARIK

1.Rekaan dan Saiz Baharu Pada Z Fold8

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Akhirnya siri Galaxy Z Fold8 menerima rekaan baharu dengan ia kini kelihatan seperti pasport. Dengan skrin luar lebih lebar dan nisbah seakan IMAX, era baharu peranti skrin lipat bermula untuk Samsung. Samsung mengikut langkah Oppo Find N yang paling awal menawarkan skrin lipat lebar pada tahun 2021. Skrin luar Z Fold8 sebesar 5.5″ dengan nisbah 16:10 manakala skrin dalam 7.6″ pula dengan nisbah 4:3

Dengan rekaan baharu ini peranti masih lagi kompak tetapi boleh menjadi lebih besar apabila skrin dalaman dibuka. Kemungkinan besar menerusi Z Fold8, trend peranti skrin lipat lebar akan menjalar ke peringkat global setelah sekian lama hanya wujud di China. Berdasarkan pandang pertama, kami rasakan Z Fold8 ialah rekaan peranti skrin lipat yang mungkin paling praktikal setakat ini.

2.One UI 9 dan Android 17

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Ketiga-tiga peranti Z Fold8 Ultra, Z Fold8 dan Z Flip8 menggunakan sistem operasi One UI 9 berasaskan Android 17. Ini ialah kali pertama sebuah peranti Samsung yang dilancarkan pada pertengahan tahun menggunakan versi Android terkini.

Selama ini versi Android terkini ditawarkan pada siri Galaxy S dahulu yang dilancarkan di awal tahun. Dengan ini pengguna dapat mengakses ciri terkini Android 17 seperti Bubble, widget yang dijana AI dan pelbagai lagi fungsi AI baharu Gemini Intelligence. Ia turut memberikan bonus kemas kini satu lagi versi Android berbanding siri Galaxy S26

3. Kamera Z Fold8 Ultra Dipertingkatkan

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Kamera pada Z Fold8 Ultra kini ialah lensa sudut lebar 200MP, lensa ultra lebar 50MP dan telefoto 10MP. Ini adalah peningkatan daripada lensa sudut lebar 200MP, lensa ultra lebar 12MP dan telefoto 10MP. Kualiti gambar ultra lebar kini akan lebih baik kerana peningkatan saiz sensor. Ini turut adalah peningkatan pertama pada sensor lensa ultra lebar sejak Z Fold4.

Adalah lebih mantap sekiranya sensor telefoto juga ditambah baik tetapi trend pengeluar sekarang ialah menawarkan peningkatan sedikit secara berperingkat. Lebih baik ada perubahan daripada tiada langsung.

4. Bateri Lebih Besar dan Pengecasan Pantas 45W

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Bateri Z Fold8 Ultra kini 5000 mAh dengan pengecasan pantas 45W. Penambahbaikan ketara berbanding 4400 mAh (25W) sahaja tahun lalu. Z Fold8 pula sebesar 4800 mAh (45W) yang juga lebih baik berbanding model tahun lalu. Turut disahkan bateri Z Fold8, Z Fold8 Ultra dan Z Flip8 menggunakan teknologi silikon karbon (SiC). Tahun ini kapasiti besar, pengecasam pantas dan teknologi SiC yang sudah lama didambakan akhirnya menjadi realiti walaupun penantian hampir selama perjalanan Odysseus.

5. Skrin Flex Titanium Tahan Lasak Kurang Kesan Lipatan

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Teknologi Flex Titanium baharu digunakan pada Z Fold8, Z Fold8 Ultra dan Z Flip8. Flex Titanium menggunakan dua lapisan titanium untuk menjadikan panel skrin lebih tahan lasak dan menjadikan kesan lipatan kelihatan kurang ketara. Menurut Samsung kekerasan mekanikal lapisan filem titanium pertama Flex Titanium adalah 20 kali ganda lebih tinggi berbanding polimer biasa. Ia hanya setebal sepertiga rambut manusia bagi membolehkan peranti lebih nipis dihasilkan.

Di bawah lapisan ini diletakkan pula plat titanium yang menyokong modul paparan dari bawah. Struktur baharu ini memberikan sokongan yang lebih stabil di bawah paparan apabila dibuka sambil mengekalkan fleksibiliti yang diperlukan untuk menampung lipatan berulang.

6.My Fancam

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Pada Z Fold8 dan Z Fold8 Ultra, terdapat ciri baharu My Fancam yang membolehkan rakaman yang memberikan tumpuan kepada satu individu sahaja dihasilkan daripada video yang sudah dirakam. Kecerdasan buatan secara automatik mengenalpasti jumlah subjek dalam video. Kemudian pengguna boleh memilih siapa yang ingin dijadikan watak utama.

Selepas dipiih, My Fancam memberikan pilihan menghasilkan video menegak, mendatar, 1:1, 3:4, 9:16, 2:3, 4:4 atau 5:7 yang kemudiannya dijana secara automatik. Dengan ciri ini proses menghasilkan klip Fancam untuk artis kegemaran misalnya menjadi lebih mudah.

7.Sokongan Kemas Kini 7 Versi Android dan 7 Tahun Sekuriti

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Samsung menawarkan sokongan kemas kini 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti pada ketiga-tiga peranti yang dilancarkan hari ini. Ia konsisten dengan jadual kemas kini mereka sejak dua tahun kebelakangan ini. Mereka adalah syarikat yang lebih kerap menyokong perisian peranti dengan tampalan sekuriti kerap lebih awal berbanding Google. Bagi mereka yang mahukan sokongan jangka panjang serta peranti digunakan untuk tempoh lama. Samsung ialah pilihan selamat


MENGECEWAKAN

8.Bateri Tidak Sebesar, Pengecas Tidak Sepantas Pesaing

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Walaupun kami memuji bateri Z Fold8 Ultra lebih besar berbanding Z Fold7 dan kini menyokong pengecasan lebih pantas 45W, hakikatnya kapasiti bateri peranti lipat Samsung masih kecil berbanding pesaing. Honor Magic V6 dilengkapi bateri 6600 mAh (80W) dan Oppo Find N6 pula 6000 mAh (80W). Kapasiti bateri ialah tumit Achilles pada peranti Samsung yang boleh menyebabkan mereka tumbang di Troy jika tidak ditingkatkan tahun depan.

9. Z Flip8 Tidak Menawarkan Peningkatan Ketara

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Dua Z Fold8 menerima kemas kini spesifikasi. yang mantap tetapi sebaliknya berlaku pada Z Flip8. Saiz skrin, saiz bateri, kuasa pengecasan dan sistem kamera sama sahaja dengan Z Flip7 tahun lalu. Hanya pemproses dinaiktaraf ke Exynos 2600 berbanding Exynos 2500. Sekadar menukar enjin dengan yang sama sama sahaja.

Ia menjadi mengecewakan apabila melihat harga meningkat RM1000 berbanding tahun lalu untuk perubahan yang cukup minima. Ini hanya menguatkan ura-ura Z Flip8 ialah peranti siri Z Flip terakhir akan ditawarkan oleh Samsung.

10.Harga Meningkat

Image from: 10 Perkara Menarik & Mengecewakan Samsung Galaxy Z Fold8 dan Z Flip8

Terima kasih kepada krisis RAM, harga jualan Z Flip8 kini bermula RM5,399 (12/256GB) berbanding Z Flip7 bermula RM4,399 (12/256). Kemudian Z Fold8 Ultra bermula RM8,099 (12/256GB) berbanding Z Fold7 bermula RM7799 (12/256GB). Seterusnya Z Fold8 pula bermula RM7,299 (12/256) yang juga masih agak mahal. Bukan salah Samsung berlaku peningkatan harga yang mendadak tahun ini tetapi melihat harga peranti yang mempunyai reputasi mahal menjadi semakin mahal adalah amat memedihkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved