
TAWAU - Kira-kira 10 rumah di perkampungan atas air musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini pada Rabu.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, seramai 24 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer.
"Menurut laporan, kejadian melibatkan kira-kira 10 rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.
**media[2564036]**
"Operasi memadam kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba, pili bomba dan sumber air terbuka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jemishin berkata, operasi mengawal kebakaran masih dilakukan ketika ini.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

