45 rumah atas air terbakar, 180 penduduk tinggal sehelai sepinggang

6 Mar 2024 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kira-kira 45 rumah terbakar dalam kejadian di perkampungan atas air Kampung Tanjung Batu, Tawau.

image is not available
Kira-kira 45 rumah terbakar dalam kejadian di perkampungan atas air Kampung Tanjung Batu, Tawau.

image is not available
Api kelihatan marak dan memusnahkan kira-kira 10 rumah di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Batu, Tawau.

image is not available

TAWAU - [DIKEMAS KINI] Jumlah kediaman yang musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Batu di sini, meningkat kepada 45 rumah.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebanyak 255 rumah yang terdapat di kawasan perkampungan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, api berjaya dikawal pada jam 4.31 petang.

"Setakat ini kebakaran melibatkan kira-kira 45 rumah jenis tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus dengan anggaran keluasan kebakaran 9,000 meter persegi.

"Jumlah keseluruhan rumah di perkampungan ini ada sebanyak 300 rumah termasuk 45 yang musnah dan jumlah mangsa yang terlibat ialah seramai 180 orang," katanya pada Rabu.

Menurut Jemishin lagi, dalam operasi memadamkan kebakaran pasukannya telah mendapat bantuan daripada pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan.

"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran membabitkan sumber air daripada jentera bomba, pili bomba dan sumber air terbuka iaitu air laut.

"Kebakaran berjaya dikawal dan hasil pemeriksaan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!