10 rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera baharu di Labuan 

10 May 2026 • 12:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

10 rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera baharu di Labuan 

LABUAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan pembinaan 10 unit baharu Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di sini bagi 2026.

Sehingga kini, sebanyak 50 unit rumah PPRS telah siap dibina di Labuan menerusi program di bawah KKDW bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Penyerahan peruntukan geran PPRS itu disampaikan Pengerusi Penasihat GiatMARA Labuan merangkap Ketua Umno Bahagian Labuan Datuk Rafi Datuk Alli Hassan.

Rafi berkata pelaksanaan program PPRS di Labuan terus diperkukuh susulan kelulusan pembinaan 10 unit rumah baharu bagi tahun depan.

Menurutnya, projek di bawah inisiatif KKDW itu dijangka bermula Jun ini dan siap dalam tempoh tiga bulan.

“Setiap unit rumah melibatkan kos pembinaan RM85,000 dan program ini bertujuan membantu golongan memerlukan memiliki kediaman yang lebih selesa dan selamat.

“Pada masa sama meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar dan pulau,” katanya. Beliau berkata program itu turut dilaksanakan dengan kerjasama GiatMARA Malaysia bagi memperkukuh pembangunan komuniti dan meningkatkan taraf hidup rakyat.