10 Tahun Berlalu, CNBLUE Akan Kembali Mengegarkan Kuala Lumpur Dengan Konsert ‘CNBLUENTITY’

Music
18 Jan 2024 • 10:13 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Wah! Banyak betul kumpulan-kumpulan hebat yang nak datang Malaysia tahun ini.

Terkini, FNC Entertainment telah mengumumkan bahawa CNBLUE akan kembali ke Malaysia, 10 tahun selepas kali terakhir mereka datang ke sini.

Kumpulan ‘lagenda’ ini akan memulakan jejalah Asia mereka pada bulan Mac ini dan bakal melawat peminat di beberapa buah tempat termasuk Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura.

Walaupun maklumat mengenai tiket serta lokasi konsert itu diadakan belum dikeluarkan, rata-rata peminat CNBLUE di Kuala Lumpur sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan hebat yang akan dibawakan oleh tiga ahli kumpulan itu iaitu Yong-hwa, Min-hyuk dan Jung-shin.

Konsert yang dinantikan ramai ini akan diadakan pada 20 April ini dan maklumat lanjut mengenai konsert tersebut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Korang dah sedia ke belum nak pergi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.