10 Tahun Temani Rakyat Malaysia, FamilyMart Kini Tampil Dengan Lebih Banyak Pilihan Menarik!

LocalFood
6 Nov 2026 • 5:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kalau sebut FamilyMart, mesti ramai yang terus teringat sofuto enak dinikmati waktu panas, kopi untuk teman perjalanan atau oden yang memang sesuai dihirup bila-bila masa. 

Sejak 2016 tahun lepas, FamilyMart sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian ramai rakyat Malaysia.

10 Tahun Bersama FamilyMart, Kini Dengan Konsep Lebih Segar!

familymart

Dah 10 tahun rupanya FamilyMart di Malaysia. Siapa ingat menu pertama korang try di sini? Kalau kami mestilah oden mereka! Hirup panas-panas, memang layan. Tak cukup semangkuk!

Sebab dah 1 dekad, FamilyMart kini tampil dengan konsep lebih segar. Barulah pelanggan pun excited nak masuk.

Siapa ingat lagi pernah viral bubble tea FamilyMart satu masa dulu. Semua orang teruja nak cuba, sampai sold out di kebanyakan outlet.

Masih kekalkan momentum yang sama, keterujaan pelanggan bila masuk dan mahu cuba menu baru yang menarik masih ada.

familymart

Dari sofuto perisa baru, oden atau kombinasi makanan viral di laman sosial, FamilyMart menjadi tempat pelanggan hadir bersama rakan dan keluarga untuk berkongsi kegembiraan.

Nak pujuk pasangan merajuk? Ada rangkaian pencuci mulut FamilyMart! Anak meragam? Bawa je ke FamilyMart, confirm senyum sampai ke malam.

Pendek kata, setiap kunjungan ke FamilyMart bukan sekadar untuk membeli makanan atau minuman, tetapi turut membuka peluang untuk menikmati pengalaman yang lebih menarik.

Sebab itulah FamilyMart menjanjikan setiap momen berharga dengan yang tersayang dikongsikan melalui Good Choices, Good Quality and Good Moments.

Janji dan jaminan ini diperkuatkan lagi dengan pengalaman dalam kedai FamilyMart dengan roadshow mereka.

familymart

Kami sempat melihat sendiri pelbagai tawaran dan pengalaman baharu ini di roadshow FamilyMart di Sunway Pyramid. Cepat! Acara ini berlangsung dari 5 hingga 9 November 2026 je tau!

Rasa Sendiri 2 Blend Kopi Terbaru Di Roadshow

familymart

FamilyMart memperkenalkan pilihan blend kopi baru dengan dua karakter rasa yang berbeza, iaitu Charcoal-roasted Sumiyaki dan Kinu.

Kalau korang sukakan kopi rasa yang lebih bold, Charcoal-roasted Sumiyaki memberikan karakter rasa yang lebih menyerlah untuk mereka yang gemarkan kopi berperisa kuat.

Kinu pula menawarkan rasa lebih lembut dan seimbang. Pilihan ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan tekstur dan rasa kopi yang lebih smooth.

Ada Dua Perisa Sofuto Menarik Untuk Dicuba!

familymart

FamilyMart turut memperkenalkan Sweet Treats Playground dengan beberapa pilihan menarik untuk peminat pencuci mulut.

Antara yang mencuri perhatian ialah Brown Sugar Sofuto, yang diperkenalkan buat pertama kali sebagai perisa sofuto. 

Selain itu, kepada peminat Sea Salt Sofuto, perisa ini kembali dengan nafas baru menerusi Vanilla Blue Sea Salt Sofuto. Kali ini, ia turut dilengkapi topping popping candy yang seakan ‘meletup’ dalam mulut.

Oden FAMee Pun Ada Pilihan Rasa Baharu!

Bagi mereka yang sukakan makanan panas dan berkuah, FamilyMart kini ada lima pilihan rasa – satu untuk setiap hari kerja di stesen self-serve Oden FaMee. Selain dari Tom Yam, ada:

-Creamy Mala

-Classic Fishball

-Sukiyaki

-Laksa Kahwin 

FAMIMA by NIGO, Famibara & Fami Mini Store Pun Ada

familymart

FamilyMart turut menyediakan beberapa pengalaman menarik untuk pengunjung yang sukakan koleksi eksklusif dan barangan istimewa.

Antaranya ialah FAMIMA by NIGO, yang bakal membuat kemunculan pratonton eksklusif pertama di Malaysia menerusi roadshow ini.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengenali Famibara, yang ditawarkan untuk pembelian ahli sahaja sepanjang roadshow. 

Satu lagi tarikan ialah Fami Mini Store, yang memberikan gambaran awal tentang apa yang pelanggan boleh jangkakan daripada pengalaman FamilyMart di kedai-kedai mereka.

Roadshow 10 Tahun FamilyMart Ada Promosi & Aktiviti Interaktif!

familymart

Sepanjang FamilyMart Malaysia 10th Anniversary Event, pengunjung turut berpeluang menikmati promosi eksklusif acara dan promosi khas ulang tahun ke-10.

Event ini memberi peluang kepada pelanggan untuk merasa menu baru di FamilyMart selain mengalami sendiri beberapa perubahan lain setiap kali masuk ke setiap cawangannya. Jom beramai-ramai serbu roadshow 10 Tahun FamilyMart di:

Lokasi: Sunway Pyramid Orange Concourse

Tarikh: 5 hingga 9 November 2026

The post 10 Tahun Temani Rakyat Malaysia, FamilyMart Kini Tampil Dengan Lebih Banyak Pilihan Menarik! appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved