FamilyMart perkenal kopi kraf serendah 99 sen, koleksi eksklusif NIGO sempena ulang tahun ke-10

LocalFood
6 Nov 2026 • 4:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

FamilyMart perkenal kopi kraf serendah 99 sen, koleksi eksklusif NIGO sempena ulang tahun ke-10 Image from: FamilyMart perkenal kopi kraf serendah 99 sen, koleksi eksklusif NIGO sempena ulang tahun ke-10 amree06/11/2026 - 16:45 PENGURUSAN FamilyMart Malaysia dan kakitangan kedai serbaneka tersebut meraikan ulang tahun ke-10. Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Nov — FamilyMart Malaysia memperkenalkan kopi kraf pada harga pengenalan serendah 99 sen, serta koleksi gaya hidup eksklusif FAMIMA by NIGO dari Jepun, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 operasi rangkaian kedai serbaneka itu di negara ini.

 

Penawaran ini sebahagian daripada konsep baharu 'Life is Good with FamilyMart' yang berteraskan tiga tunjang utama iaitu Good Choices, Good Quality dan Good Moments, bagi memperkukuh pengalaman pelanggan serta hala tuju syarikat itu untuk dekad kedua operasinya.

 

Antara tarikan utama ialah rangkaian Everyday Craft Coffee yang diinspirasikan daripada seni kraf Jepun atau takumi, dengan dua pilihan kopi baharu iaitu Sumiyaki dan Kinu yang diperakui barista. Selepas harga pengenalan, kopi berkenaan ditawarkan bermula RM3.90.

 

"Sumiyaki menawarkan rasa kopi hitam yang lebih mantap, pekat dan beraroma panggang, manakala Kinu yang bermaksud sutera dalam bahasa Jepun mempunyai profil rasa lembut serta seimbang, sesuai dinikmati bersama susu atau sebagai latte," jelas kenyataan FamilyMart.

 

Menerusi tunjang Good Choices, ia turut memperluas pilihan makanan sedia dimakan termasuk onigiri, sandwic, bento, pasta dan oden. Oden FAMee kini menawarkan lima pilihan kuah iaitu Classic Fishball, Sukiyaki, Laksa Kahwin, Creamy Mala dan Tom Yum.

 

Operator berkenaan juga memperkenalkan minuman sofuto yang berperisa 'boba' gula perang buat pertama kali, selain membawa kembali sofuto sea salt susulan permintaan tinggi pelanggan di rangkaian kedai serbaneka 24 jam tersebut.

 

FamilyMart_DagangNews2026

 

Sementara itu, Good Quality memberi penekanan piawaian mutu, keselamatan makanan dan konsistensi produk, dengan jaminan halal sebagai keutamaan. FamilyMart bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan pematuhan merangkumi dapur pusat, logistik dan penyediaan di kedai, selain latihan kakitangan.

 

"Bagi melengkapkan pengalaman pelanggan menerusi Good Moments, kami membawa masuk koleksi FAMIMA by NIGO yang menampilkan barangan gaya hidup eksklusif dari Jepun, dipilih susun oleh pereka fesyen pakaian jalanan terkenal, NIGO. Koleksi itu dibawa ke Malaysia buat pertama kali, selain koleksi Famibara yang direka khas untuk peminat jenama berkenaan di negara ini," katanya.

 

Ahli FamilyMart turut menikmati pelbagai ganjaran, termasuk kombo ulang tahun bernilai RM10. Pengguna baharu pula menerima pek e-baucar alu-aluan bernilai RM100, manakala ahli sedia ada boleh menikmati tawaran pada 10 dan 11 November 2026, termasuk promosi bermula 10 sen.

 

FamilyMart membuka kedai pertama di Malaysia pada 11 November 2016 dengan tumpuan kepada makanan sedia dimakan berkualiti yang disediakan segar di kedai. Konsep baharu itu mencerminkan komitmen syarikat untuk terus memperkenalkan inovasi produk dan meningkatkan kemudahan kepada pelanggan.

 

Sambutan ulang tahun serta pengenalan konsep baharu itu berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid sehingga 9 November 2026. Pengunjung boleh mencuba menu baharu dan zon interaktif, manakala ahli aplikasi MY FamilyMart berpeluang melihat pratonton koleksi FAMIMA by NIGO dan Famibara.

 

Ia dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Disember 2026. Kedua-dua koleksi tersebut boleh dibeli dalam kuantiti terhad secara eksklusif oleh ahli aplikasi sepanjang acara berlangsung. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved