Anak tunggal pelakon Syed Aiman, Sharifah Nurzulaika, 26, meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dapat kembali bertemu dengan bapa kandungnya selepas mereka terpisah selama 10 tahun.
Pertemuan bermakna itu berlaku selepas Sharifah Nurzulaika atau lebih mesra disapa Aika dijemput menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Linda Rafar, Rezaril Keiflin atau Aril, pada Sabtu lalu.
AdvertisementAnak Tunggal Syed Aiman Luah Rasa Gembira
Menerusi perkongsian di Threads, Aika meluahkan rasa terharu kerana peluang tersebut membolehkan dia bukan sahaja bertemu semula dengan bapanya, malah berkumpul bersama adik-beradik kandungnya.
View this post on Instagram
“Terima kasih Mama sebab jemput Aika ke Wedding Aril, dapat kita bersua muka. Kalau tak sebab Ma, mesti sampai sekarang Aika tak jumpa Papa. Dapat kumpul dengan adik adik kandung Aika.
“Setelah sekian lama terpisah akhirnya pelangi datang tepat pada masanya. Alhamdulillah syukur ternyata sabar ini membuahkan hasil. Allah Maha baik, terima kasih Allah,” tulisnya.
Terpisah Selama 10 Tahun
Aika yang dihubungi Harian Metro berkata, bapanya, Syed Kamaruzaman atau Syed Aiman, berpisah dengan ibunya ketika dia berusia kira-kira tiga tahun.
Menurut Aika, sejak dilahirkan dia dibesarkan oleh nenek sebelum bapanya berkahwin dengan Linda Rafar ketika dia berusia enam tahun pada 2006.

“Sejak lahir saya dibela oleh nenek. Ayah kahwin dengan Mama Linda ketika saya berusia enam tahun pada 2006. Manakala emak pula kahwin ketika saya berusia lapan tahun.”
“Saya kemudian diambil dari nenek untuk tinggal dengan emak. Papa (Syed Aiman) seorang yang bertanggungjawab.”
“Ketika saya berusia sembilan tahun, papa curi-curi ambil saya dari nenek untuk bawa balik ke kampungnya di Kelantan,” katanya.
Aika turut mendedahkan bahawa ketika berusia 14 tahun, dia pernah meninggalkan rumah dengan kebenaran nenek dan ibu saudaranya untuk bertemu bapanya di Kuala Lumpur.
“Selepas tiga hari jumpa papa, saya pun balik ke rumah nenek. Sekarang saya sudah berkahwin dengan anggota tentera di Johor pada 2020,” katanya.
Linda Rafar jadi penghubung pertemuan semula
Menurut Aika, dia tidak menyangka Linda akan menghubunginya dan meminta dirinya hadir ke majlis perkahwinan Aril.
“Mama sangat baik terhadap saya. Saya sangat terkejut apabila dapat mesej dari dia. Mama menjemput saya hadir untuk membuat kejutan buat papa.”
“Dalam masa sama, saya gemuruh nak jumpa papa selepas 10 tahun tak berjumpa,” katanya dengan nada sebak.
Pertemuan itu akhirnya menjadi detik bermakna buat Aika apabila dia berpeluang kembali bertemu dengan bapa kandungnya serta berkumpul bersama adik-beradiknya selepas sekian lama terpisah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trrending yang lain pada pautan di bawah.

Dr Fie Cabar Netizen, Nubhan Tunjuk Bukti Dakwaan Hutang RM2.3 Juta - "Buktikan Itu Hutang Suami Baru Saya"
The post 10 Tahun Terpisah, Syed Aiman Akhirnya Bertemu Semula Dengan Anak Kandung Di Majlis Kahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






