Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Bahang majlis yang dinanti-nantikan ramai akhirnya semakin terasa! Pengumuman mengenai Majlis Kenduri Rakyat pasangan selebriti dan ahli politik popular, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah (BASS) ternyata mencuri tumpuan warga netizen sejak ia dimuat naik menerusi laman media sosial.
Majlis yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 25 Oktober 2026 di Yong Sheng Banquet Hall, Muar, Johor itu dijangka bakal dibanjiri oleh orang ramai dari pelbagai pelosok negara.
Artikel berkaitan: Tengah Khusyuk Tengok Wedding BASS Dalam Kereta, Individu Terkejut Ada ‘Seseorang’ Lalu Sebelah
Artikel berkaitan: “Tak menghargai” – ‘Doorgift’ Majlis Resepsi BASS Dijual Harga RM350 Secara Atas Talian
Bukan sahaja warga Johor, malah jemputan terbuka ini terbuka buat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira dari negeri mana. Pihak penganjur turut menggalakkan kehadiran orang ramai untuk sama-sama memeriahkan suasana hari bahagia pasangan berkenaan.
Malah, kemudahan kod promo khas aplikasi Grab (BASS25) turut disediakan bagi memudahkan pergerakan para tetamu yang mahu hadir ke venue majlis.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen sudah mula teruja dan berkongsi pelbagai jawapan melucukan serta perancangan mereka untuk ke Muar hujung minggu ini.

Selain respon berseloroh mengenai parkir kenderaan dan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku, ramai yang turut mendoakan agar majlis berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan pasangan BASS.
“Tak kisah dari negeri mana pun, semua dijemput hadir! Jangan malu, jangan segan! Datang beramai-ramai untuk meraikan hari bahagia YB & Bella,” tulis kapsyen hantaran tersebut.
Bagi anda yang merancang untuk hadir, majlis akan bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang, pastikan anda merancang perjalanan dengan baik.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






