10 Tempat Sarapan Menarik Yang Perlu Anda Kunjungi di Selangor

Food
31 May 2023 • 4:21 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

10 Tempat Sarapan Menarik Yang Perlu Anda Kunjungi di Selangor

zulfadli

31/05/2023 - 16:21

KUALA LUMPUR 31 Mei - Jika sebut sarapan, pastinya ramai terbayang dengan keenakan nasi lemak, roti canai dan teh tarik, yang sememangnya sinonim dengan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Bagi mereka yang ingin menikmati suasana tenang dan santai, Tourism Selangor turut ingin berkongsi 10 tempat sarapan menarik di Selangor dengan masakan yang lazat serta sesuai dengan citarasa.

Kopitiam 143, Ampang Jaya

Terletak di pekan kecil Ampang, Kopitiam 143 menyajikan hidangan sarapan tradisional seperti telur separuh masak, mee wantan, roti bakar arang dan masakan Asia yang lazat.

Dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari, kecuali hari Selasa, pelanggan dibenarkan untuk makan di kopitiam sahaja, untuk mengekalkan kualiti dan rasa hidangan yang baru dimasak.

Kueh@Seksyen 13, Shah Alam

Mari menikmati kudap-kudapan di waktu pagi. Kueh@Seksyen 13 menawarkan lebih 40 jenis kuih-muih tempatan yang dibuat setiap hari.

Terdapat manisan yang enak, kafe ini dibuka pukul 10 pagi hingga 8 malam, tersedia untuk sarapan pagi dan minuman petang. Selain itu pelbagai pilihan makanan berat ditawarkan di sini, seperti laksa utara, nasi lemak ayam berempah dan nasi tomato.

image is not available

Atap by Pagi Coffee Co, Subang Jaya

Terletak di loteng tingkat dua di SS15 Subang Jaya, Atap by Pagi Coffee Co dengan hidangan istimewanya, roti dengan keju kakar, serta kopi dan kombucha menjadi pilihan utama.

Dibuka pada pukul 7.30 pagi hingga 6 petang, kafe ini sesuai untuk mereka yang mencari persekitaran yang estetik dan tenang untuk sarapan pagi atau 'brunch'.

image is not available

Kafe Auntie Foo, Kuala Selangor

Mulakan travelog anda di Kuala Selangor di Kafe Auntie Foo. Terletak di kaki Bukit Melawati berhampiran Taman Alam Kuala Selangor, kafe ini merupakan tempat persinggahan yang sesuai selepas bersiar-siar di sekitar dua tempat bersejarah ini.

Kafe ini menawarkan pelbagai makanan ringan, snek dan minuman berserta buku untuk para pelanggan. Kafe ini juga dikenali sebagai pusat sehenti untuk pelancong mendapatkan maklumat bagi lawatan peribadi di sekitar Kuala Selangor.

image is not available

100Houz Coffee & Breakfast, Kajang

Rumah teres 70-an yang terletak di Jalan Reko, Kajang ini menawarkan pelbagai menu sarapan pagi, daripada sarapan bertemakan Inggeris seperti pasta, makanan ringan, pastri dan kopi, memberikan suasana yang tenang.

Sesuai untuk mereka yang mengidamkan sarapan pagi atau brunch yang santai. Kafe ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

image is not available

Pak Teh Kopitiam, Kuala Langat

Terletak hanya 35 minit dari Shah Alam, banglo tradisional Cina satu tingkat lama ini memberikan suasana restoran tradisional namun masih mempunyai citarasa moden yang tersendiri.

Kopitiam halal ini menawarkan pelbagai pilihan sarapan Asia yang ikonik seperti roti bakar kaya, telur separuh masak dan nasi lemak.

Dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula 7.30 pagi hingga 4 petang, kopitiam ini juga penuh dengan penunggang basikal sejak awal pagi.

image is not available

Hay! Cafe, Sekinchan

Dikelilingi dengan sawah padi Sekinchan yang menghijau, kafe bertema Inggeris ini menawarkan pelbagai hidangan yang enak seperti nasi lemak ayam rempah, pasta, kopi dan kek.

Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera dalam keselesaan kafe di bawah penghawa dingin atau menikmati sarapan pagi sambil melihat kehijauan sawah padi Sekinchan. Kafe ini dibuka dari 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari.

image is not available

image is not available

Bahulu Classiq, Hulu Langat

Bahulu Classiq mengimbau kenangan suasana bersarapan pagi di Batu 18, Kampung Jawa. Kedai kecil ini menawarkan menu yang enak seperti lontong, mee jawa dan mee rebus asli dan terletak berhadapan dengan Mata Air Panas Kampung Jawa, salah satu Geotapak Selangor di bawah Gombak-Hulu Langat Geopark.

Terkenal sebagai salah satu port sarapan penunggang basikal, Bahulu Classiq adalah tempat sarapan yang mesti dikunjungi sambil menjelajah alam semulajadi di daerah Hulu Langat.

image is not available

Roti Leleh Batu Arang, Gombak

Penuh dengan sejarah dan nilai warisan, Batu Arang merupakan sebuah pekan kecil di daerah Gombak. Roti Canai Batu Arang adalah tempat 'Geo-Food' yang terkenal untuk penunggang basikal yang melalui Gombak untuk roti lelehnya.

Roti Leleh Batu Arang dibuka setiap hari kecuali Selasa dan Jumaat dari 6 pagi hingga 1 tengah hari.

image is not available

Warong Ketupat Yan Kampung Permatang, Kuala Selangor

Salah satu 'port' terbaik untuk sarapan pagi di Kuala Selangor. Warong Ketupat Yan di Kampung Permatang menyajikan pelbagai jenis ketupat, sate, serunding dan kuih tempatan.

image is not available

Dibuka setiap hari dari 7 pagi, anda mesti cuba untuk sarapan di sini, terutamanya menu istimewa mereka, sate kerang. - DagangNews.com