10 terbaik dunia sasaran Aaron Tai

25 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 10 terbaik dunia sasaran Aaron Tai

KUALA LUMPUR: Dua gelaran dalam tempoh singkat tidak membuatkan pemain beregu lelaki negara, Aaron Tai mahu terburu-buru mengejar ranking, namun sudah memasang impian untuk menembusi kelompok 10 terbaik dunia bersama Yap Roy King musim depan.

Aaron yang menikmati permulaan luar biasa bersama Roy King selepas menjuarai Terbuka Arctic dan Kumamoto Masters 2026, mengakui kejayaan itu hadir di luar jangkaan memandangkan gandingan mereka masih baharu dan baru beraksi dalam lima kejohanan bersama.

“Saya sendiri agak terkejut kerana kami masih pasangan baharu, tetapi sudah mampu meraih kejayaan. Saya rasa corak permainan kami boleh digabungkan dengan baik dan itu membantu mempercepatkan proses keserasian.

“Untuk sasaran tahun depan, saya tidak terlalu memikirkan kedudukan ranking buat masa ini. Saya mahu memberikan yang terbaik berdasarkan kemampuan sendiri, tetapi harapannya kami dapat menembusi kelompok 10 terbaik dunia,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Aaron juga tidak mahu terlalu memikirkan ranking atau sasaran gelaran pada musim depan, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada permainan sendiri ketika perubahan sistem 15 mata bakal diperkenalkan dalam badminton.

Perubahan sistem itu bagaimanapun dilihat membuka ruang kepada lebih banyak kemungkinan, namun Aaron mengakui mereka perlu meningkatkan fokus kerana apa sahaja boleh berlaku dalam format baharu yang bakal diperkenalkan.

“Setakat ini saya tidak fikir benda ranking ke apa, hanya buat apa yang saya ada. Bagi saya 15 mata itu apa-apa boleh terjadi, jadi saya rasa kena lebih fokus,” katanya.

Di sebalik pendekatan berhati-hati itu, Aaron mengakui kelompok 10 terbaik dunia menjadi sasaran yang ingin dicapai bersama Roy King, selepas mereka membuktikan kemampuan menerusi dua gelaran Super 500 dalam lima kejohanan bersama. – UTUSAN

The post 10 terbaik dunia sasaran Aaron Tai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved