100,000 Belon Berisi Benih Dilepaskan Ketika Sambutan Tahun Baru Di Abu Dhabi

Entertainment
4 Jan 2025 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

100,000 belon yang diisi benih pada malam sambutan tahun baharu di Abu Dhabi, Emriah Arab Bersatu.

Acara yang menakjubkan itu adalah salah satu daripada kejutan di Festival Sheikh Zayed di Al Wathba.

image is not available

Memetik sumber daripada Khaleej Times, 100,000 belon yang diterbangkan itu diisi dengan100 juta benih yang boleh tumbuh menjadi pokok dan bunga di Abu Dhabi.

Setiap belon mengandungi pelbagai pilihan 1,000 biji, termasuk pokok asli dan bunga seperti Ghaf, Samar, dan tumbuhan padang pasir yang lain.

Dihasilkan daripada bahan terbiodegradasi, belon mesra alam ini diperbuat daripada bahan lateks semulajadi bagi memastikan ianya terurai dengan selamat selepas digunakan.

image is not available

Inisiatif inovatif ini merangkumi legasi Sheikh Zayed dalam mempromosikan kemampanan dan inovasi pertanian, menunjukkan bahawa perayaan boleh seiring dengan tanggungjawab alam sekitar.

Untuk rekod, pada tahun 2024, pihak berkuasa memperkenalkan dron yang boleh menyemai kawasan seluas lebih 100 padang bola setiap hari. Setiap dron pembenihan mampu membawa 53 spesies pada satu masa.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.