Azeem, Umaira mara ke separuh akhir 100m

24 Sep 2026 • 9:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Azeem, Umaira mara ke separuh akhir 100m

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi menepati sasaran apabila berjaya mara ke peringkat separuh akhir dalam acara 100 meter (m) lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Beraksi di Stadium Olahraga Mizuho, Nagoya, hari ini, atlet kelahiran Teluk Intan itu kelihatan tenang menamatkan lariannya dengan catatan 10.17 saat (s) pada aksi saringan kelima.

Tempat kedua menjadi milik pelari Singapura, Marc Brian Louis dengan catatan masa 10.33s dan turut mara ke separuh akhir adalah Chun-han Yang dari Taiwan (10.38s) di tempat ketiga.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Umaira Subri turut berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir 100m lelaki selepas menamatkan larian 10.43s untuk menduduki tempat keempat dalam saringan pertama.

Catatan tersebut menjadi pencapaian peribadi terbaik Umaira mengatasi 10.44s yang dilakukannya ketika beraksi di Terbuka Malaysia, Jun lalu.

Umaira mara ke separuh akhir selepas mengisi slot enam pelari terpantas berikutnya.

Pelari pecut Thailand, Puripol Boonson memenangi saringan pertama dengan larian 9.95s meninggalkan Keli Zeng dari China di tempat kedua (10.22s) dan turut melayakkan ke separuh akhir adalah Animesh Kujur dari India (10.36s) di tempat ketiga.

Peringkat separuh akhir dan akhir bagi acara 100m lelaki dan wanita dijadual berlangsung esok. – UTUSAN

The post Azeem, Umaira mara ke separuh akhir 100m appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved