
Tenom: Kira-kira 100 pelajar dari beberapa sekolah menengah dan rendah di sini menerima bantuan kewangan menerusi Program Bantuan Khas Sekolah Yayasan Pendidikan Mara 2024.
Majlis penyampaian bantuan kewangan RM100 untuk setiap pelajar itu disempurnakan oleh Adun Dilantik Datuk Raime Unggi yang juga Penasihat Pusat Giatmara Tenom.
Senarai penerima dirujuk di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom berdasarkan kriteria yang ditetapkan Yayasan.
Raime dalam ucapannya berkata, bantuan itu diberikan kepada penerima tanpa mengira fahaman politik ibu bapa mereka.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Bagaimanapun katanya, ia diberikan berdasarkan kriteria atau kelayakan ditetapkan Yayasan yang memberi keutamaan kepada pelajar yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.
Raime yang juga Ketua Umno Tenom berkata, beliau akan cuba dan memohon kepada pengurusan tertinggi Mara untuk menambah kuota penerima bantuan kewangan pada masa akan datang.
Ini katanya, kerana masih ramai pelajar di daerah ini yang layak menerimanya jika mengikut kriteria yang ditetapkan Yayasan.
“Walaupun saya bukan wakil rakyat lagi saya akan cuba membantu rakyat khususnya di kawasan Tenom melalui kapasiti yang saya ada memandangkan Umno adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di bawah slogan Malaysia Madani,” jelasnya.
Pada masa sama beliau turut menyentuh peranan dan fungsi Giatmara yang memberi peluang kepada golongan muda dalam bidang kemahiran.
Katanya, Giatmara Tenom khususnya menyediakan latihan kemahiran seperti jahitan, memasak dan mekanik.
“Peluang ini terbuka kepada golongan muda di daerah ini yang berminat dengan bidang latihan yang disediakan,” katanya lagi.
Turut hadir ialah Bahagian Pendidikan Mara Negeri Sabah, Nurkhairunisa Amir Yussof, Pegawai Mara Daerah Keningau Mohd Zairulfiza Mohd Zain, dan Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

